Makau atau Makao, bekas tanah jajahan Portugis dan salah satu wilayah Portugal sehingga tahun 1999, adalah Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Republik Rakyat China dan merupakan wilayah paling padat penduduknya di dunia.
Dikenali sebagai Las Vegas Negara Cina, yang mana sebenarnya adalah gelaran yang kurang tepat kerana bandar ini sebenarnya adalah ibukota judi dunia, dengan pendapatan dari kegiatan perjudian kira-kira tujuh kali lebih besar daripada Las Vegas.
Ekonomi Makau sangat bergantung pada industri perjudian dan pelancongan, kedua-duanya saling bergandingan. Dijangkakan dalam tahun 2018, Makau akan menerima lebih daripada 32 juta ketibaan pelancong. Dengan peranan aktif pihak pemerintah Makau dari segi perancangan, penyelarasan dan promosi pelbagai projek pelancongan dan acara mega, industri pelancongan Makau mempunyai tahap mutu industri yang sangat tinggi dan membanggakan. Terdapat pelbagai pilihan kemudahan-kemudahan kelas mewah yang disediakan dan ditawarkan, dari Hotel, Restoran, tempat-tempat membeli belah hinggalah pengangkutan. Ini menjadikan bandar Makau sebagai destinasi pelancongan yang sesuai untuk para pelancong Kelas Atas (TopLuxury Traveler).
Inilah masanya untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang 10 bilik penginapan kelas yang terbaik dan paling mewah di Makau, yang telah kami pilih secara khusus. Ketahui lebih lanjut mengenainya!
10. Bilik Penginapan Nüwa di Hotel City of Dreams Nüwa Makau
Terletak di antara tingkat 28 dan tingkat 33 bangunan, Bilik Penginapan Nuwa 1-Bilik Tidur ini berkeluasan 160 meter persegi dan mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang besar, dapur bersaiz besar, bilik mandi bersaiz besar dengan ruang tab mandi dan ruang mandi berasingan, meja menghias diri berkembar, dua ruang persalinan, satu bilik air yang terhubung dengan ruang tamu. Hiasan-hiasan seni dekoratif halus, perhiasan-perhiasan dan hasil kerja seni menghiasi bilik penginapan kelas mewah ini, memberikannya identiti tersendiri. Dua buah TV LCD selain daripada yang di dalam bilik mandi, pemain cakera padat Blu-ray, koleksi video-video yang boleh ditonton di hujung jari, komputer peribadi berskrin sentuh 22″ adalah beberapa kemudahan teknologi yang disediakan untuk keperluan hiburan anda. Perkhidmatan pelayan khusus 24/7 akan tersedia untuk memenuhi segala keperluan anda.
9. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Grand Lisboa Makau
Terletak di bangunan paling tinggi dan paling ikonik di Makau, bilik penginapan kelas mewah 1-Bilik Tidur ini berkeluasan 341 meter persegi dan dilengkapi sauna peribadi, kemudahan mandian wap Turki dan taman terbuka eksklusif dengan pemandangan panorama bandar Makau yang menakjubkan. Kawasan ruang tamu yang luas dilengkapi TV LCD dengan sistem tata bunyi Bang & Olufsen untuk menghiburkan anda. Setelah menikmati aktiviti seharian di bandar, anda boleh merasa segar bugar semula dengan mandian di bilik airnya yang dilengkapi kepala pancuran air berdiameter 60 cm atau berendam di dalam kolam Jakuzi. Di hotel ini, anda boleh menikmati tiga jenis masakan di restoran-restoran mewah terkenal dunia: Restoran Perancis diiktiraf Michelin bintang 3-Robuchon au Dôme, restoran Kanton diiktiraf Michelin bintang 3-The Eight dan restoran stik diiktiraf Michelin bintang 1-The Kitchen.
8. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Conrad Makau
Ianya berada di tingkat 38 dan menawarkan pemandangan panorama daerah Taipa yang menakjubkan. Bilik penginapan kelas mewah 2-Bilik Tidur berukuran 378 meter persegi ini akan membuatkan anda merasa sungguh selesa meskipun ketika berada jauh dari rumah. Hiasan dalamannya berdekorasi hiasan seni Cina yang indah memberikannya sentuhan elegan. Kedua-dua bilik tidurnya mempunyai bilik mandi marmar penuh dan dilengkapi televisyen dalam cermin, tab mandi oval bersaiz besar dan ruang mandi berasingan. Berhibur bersama rakan-rakan anda, mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan menggunakan kemudahan sistem karaoke berteknologi terkini yang disediakan.
7. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Four Seasons Makau
Bilik penginapan mewah 3-Bilik Tidur ini berkeluasan 314 meter persegi. Ia mampu menempatkan sehingga 6 orang tamu dewasa dan anda tetap merasa selesa. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan bilik mandi marmarnya sendiri, dilengkapi meja hias diri berkembar. Terdapat juga, bilik air tambahan untuk para tamu di sebelah Ruang Legar Utama. Bilik mandi utama dilengkapi tab mandi oval bersaiz besar dan ruang mandi berasingan. Kuning air, putih dan emas adalah warna-warna ruangan dalaman bilik penginapan mewah ini yang memberikannya sentuhan elegan yang sofistikated. Ruang dapur kecil dan ruang makan untuk 8 orang memberikan kesempatan untuk para utama menjamu selera dalam privasi dan keselesaan. Namun demikian, jangan lupa untuk menempah tempat di Zi Yat Heen, sebuah restoran Kanton diiktiraf Michelin bintang 1 untuk menikmati masakan Cina mewah.
6. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Grand Hyatt Makau
Hotel Grand Hyatt Makau terletak di City of Dreams, sebuah kompleks yang turut menempatkan pusat hiburan, restoran, pusat membeli belah dan penginapan, di Cotai. Hotel Grand Hyatt Makau mempunyai Bilik Penginapan Perdana berkeluasan 275 meter persegi yang eksklusif. Ianya mempunyai ruang gimnasium dan SPA peribadi. Ruang makan, dapur berkelengkapan lengkap, ruang bacaan dan ruang tamu yang berasingan memberikan ruang yang cukup dan selesa untuk pelbagai aktiviti. Nikmati pemandangan memukau sekitar Cotai dari bilik penginapan yang berada di tingkat tinggi ini. Teroka acara-acara menarik, restoran-restoran, tempat-tempat hiburan dan pusat-pusat membeli belah ketika anda berada di Makau.
5. Bilik Penginapan Perdana di Hotel The St. Regis Makau
Bilik penginapan kelas mewah 3-Bilik Tidur berkeluasan 462 meter persegi ini datang bersama perkhidmatan pelayan St. Regis 24/7 yang akan melayani keperluan dan kehendak anda. Bilik penginapan kelas mewah ini mempunyai 3 bilik mandi marmar penuh yang terhubung dengan setiap bilik tidurnya. Setiap satunya dilengkapi meja hias diri berkembar dan bilik air untuk keperluan para tamu anda. Ruang hiburan peribadi dilengkapi TV LCD 55-inci yang besar dan teknologi audiovisual terkini; berehat dan bersantai di ruang SPA dan ruang senaman peribadi. Tona warna kayu, kuning air dan emas dalam hiasan dalamannya memberikan sentuhan rasa keselesaan di semua ruangan, dari ruang makan yang memuatkan 8 orang tamu dewasa hinggalah ke ruang tamunya yang besar. Dapur dan dapur kecil untuk pelayannya juga membolehkan anda menikmati pengalaman santapan hidangan di dalam bilik yang mewah.
4. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Mandarin Oriental Makau
Bilik penginapan 2-Bilik Tidur di Hotel Mandarin Makau berkeluasan 337 meter persegi ini mempunyai pemandangan panorama 270-darjah kawasan teluk, bandar dan tasik. Setiap bilik tidurnya mempunyai bilik mandinya sendiri. Bilik mandi utama marmar penuh dilengkapi sebuah tab mandi menghadap tingkap kaca besar mencecah siling, yang memberikan pemandangan eksklusif sementara anda sedang berendam dan bersantai. Dua ruang santai dilengkapi sofa bersaiz besar dan selesa, bar peribadi dan ruang hiburan memberi ruang yang selesa untuk anda berkumpul bersama rakan-rakan. Sebuah bilik air juga tersedia untuk keperluan tetamu-tetamu anda. Ruang bacaan peribadi yang melengkapi bilik penginapan kelas mewah ini. Dekorasinya dan tatacara hiasan dalamannya akan pasti menggamit perhatian mana-mana tetamu anda yang melangkah masuk ke dalamnya.
3. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Banyan Tree Makau
Terletak di dua tingkat, di tingkat 30 dan 31, bilik penginapan kelas mewah 2-Bilik Tidur yang berkeluasan 888 meter persegi ini mempunyai pelbagai ruang, setiap satunya mempunyai kegunaan tersendiri. Ianya telah dihiasi dengan sentuhan elegan untuk memberikan pengalaman mewah. Ruang wap, ruang SPA, ruang tamu dilengkapi piano, dua ruang makan, sebuah bar peribadi, dapur berkelengkapan lengkap dan ruang permainan kasino peribadi. Dua bilik tidurnya terpisah oleh sebuah kolam rehat tertutup, yang mempunyai pemandangan panorama kawasan teluk yang mengagumkan. Seorang pelayan peribadi akan diperuntukkan untuk melayani keperluan dan kehendak anda 24/7.
2. Bilik Penginapan Vila di Hotel The Wynn Palace Makau
Ia sebenarnya bukan sebuah bilik penginapan, tetapi sebuah vila. Keekslusifan adalah kata kunci yang layak untuk penginapan di Hotel Wynn Palace Makau ini. Berkeluasan 743 meter persegi dan 3 bilik tidur, ia boleh menempatkan sehingga 6 orang tamu dewasa. Piano besar di ruang tamu yang mewah, bar dilengkapi sinki, bilik media dilengkapi skrin HD berukuran 85-inci sudah pasti sudah cukup untuk membuatkan anda tertarik. Ada banyak lagi kemudahan di penginapan kelas mewah ini untuk anda lihat sendiri: gimnasium peribadi, spa dan salon peribadi, ruang biliard. Sebuah kolam renang berukuran 45 meter dengan sebuah teres dan taman, akan memberikan anda ruang yang banyak untuk berhibur atau mengadakan perjumpaan kecil bersama rakan-rakan dan keluarga. Perkhidmatan pelayan 24 jam yang disediakan akan melayani keperluan dan kehendak anda, dari membeli belah ke makan malam dan lain-lain lagi.
1. Bilik Penginapan Vila de Stephen di Hotel The 13 Hotel Makau
Tidak dinafikan, ianya adalah salah satu hotel yang luar biasa, paling eksklusif dan termewah di dunia. Nama hotel ini, The 13 Makau, di ambil dari nama Raja Louis XIII dari Perancis. Ia mempunyai ciri-ciri hiasan dalaman berekabentuk barok era Perancis. Kos pembinaan setiap bilik penginapan vila mewah ini yang mencecah AS$7 Juta dan kemudahan pengangkutannya yang terdiri daripada 30 Rolls-Royce Phantom, membuatkan kos pelaburannya berjumlah melebihi AS$1 Billion. Villa de Stephen mendapat namanya dari jutawan bangsa Cina, pelabur dan pengerusinya, Stephen Hung. Bilik penginapan vila mewah ini berkeluasan 2,787 meter persegi (ya, kira-kira 30,000 kaki persegi, dan ia bukannya satu kesalahan menaip!). Ia mempunyai ukiran-ukiran, perabot-perabot, peralatan makan, bentangan fabrik, lukisan-lukisan dan lain-lain yang unik dan bergaya barok. Ruang mandi bermarmar Roman dihiasi lampu hiasan gantung kristal yang mengagumkan tepat di atasnya, siling berkubah yang disokong oleh tiang-tiang junjung Korintus, lantai marmar, kandelabrum dan selimut baldu adalah beberapa ciri-ciri penginapan vila kelas mewah eksklusif di Makau ini. Setiap bilik penginapan vila mewah ini mempunyai lif peribadi. Setiap tamu diperuntukkan seorang pelayan terlatih. Mereka telah dilatih di Britain oleh persatuan para pelayan England. Para pemandu juga telah dilatih di Britain. Tiada satu pun yang terlepas pandang pihak pengusaha ketika penginapan vila mewah ini dibangunkan.
Bilik penginapan vila mewah ini adalah pilihan yang paling tepat untuk para pelancong Kelas Atas (TopLuxury) di Makau, kemewahan eksklusif untuk sejumlah tamu terpilih yang bakal menikmati antara yang terbaik di dunia, dalam industri perhotelan.