Hong Kong, bekas tanah jajahan Empayar British selama hampir 100 tahun dan kini telah diserahkan kembali dan menjadi Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ianya adalah wilayah keempat paling padat penduduknya di dunia. Bandar ini memegang rekod sebagai bandaraya yang mempunyai bangunan pencakar langit yang paling banyak di dunia, 25% lebih banyak daripada New York. Bandar New York berada di tempat kedua. Sektor hartanah Hong Kong sentiasa berada di dalam kedudukan salah satu daripada yang termahal di dunia, kedua selepas Monako yang berada di tempat pertama: AS$1 juta akan hanya memberikan anda 22 meter persegi ruang kediaman di Hong Kong sedangkan anda boleh mendapatkan dua kali ganda daripada itu di bandar lain seperti Paris.
Satu lagi ciri lain bandar Hong Kong yang dikenali dunia adalah hakikat bahawa ianya adalah salah satu daripada pusat kewangan terkemuka di dunia. Ini adalah kerana struktur cukainya yang rendah, sistem perbankan dan perundangannya yang kukuh dan lengkap, transaksi dagangan di pelabuhannya yang hampir bebas cukai dan rumah kepada salah satu pasaran kewangan yang terbesar dan terkemuka di dunia.
Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, industri perfileman di Hong Kong berkembang selepas perang dunia kedua dan telah berkembang menjadi industri perfileman ketiga paling besar di dunia selepas Hollywood dan Bollywood. Tokoh-tokoh penting, para pelakon, penyanyi dan personaliti-personaliti terkenal dunia gemar mengunjungi Hong Kong dan daerah-daerah eksklusifnya.
Berdasarkan semua pertimbangan ini, dan fakta bahawa pelancongan adalah sumber pendapatan ketiga paling utama Hong Kong, anda akan menemukan bilik-bilik penginapan hotel kelas mewah di dalam 10 pilihan paling eksklusif dan termewah di Hong Kong. Anda tidak akan pernah salah, jadi teruskan membaca dan anda pasti akan berpuas hati.
10. Bilik Penginapan Di-Raja Perdana di Hotel Conrad Hong Kong
Nikmatilah pemandangan pelabuhan Victoria dan latar pergunungan dari tingkap-tingkap besar mencecah siling di bilik penginapan kelas mewah berkeluasan 234 meter persegi ini. Terletak di lokasi utama di tengah-tengah bandar Hong Kong, Bilik Penginapan Raja Perdana ini mempunyai 1-Bilik Tidur Utama dengan ruang almari pakaian dan bilik mandi utama, ruang tamu dan ruang makan yang besar, bilik air tetamu dan bilik senaman. Satu lokasi yang mudah diakses setelah menghabiskan waktu seharian di bandar. Para tamu juga diberikan akses ke Ruang Rehat Eksekutif (Executive Lounge) yang eksklusif di tingkat 59 untuk jamuan sarapan percuma, teh, kopi dan koktel yang disajikan sepanjang hari.
9. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Kerry Hong Kong
Bilik penginapan kelas mewah 1-Bilik Tidur berkeluasan 294 meter persegi ini menawarkan pemandangan Pelabuhan Victoria dan Pulau Hong Kong yang menakjubkan. Ruang tamu dan ruang makannya luas, dilengkapi dapur dan teknologi terkini di seluruh bilik, seperti sistem tata bunyi Bang & Olufsen. Bilik mandinya bermarmar penuh dilengkapi ruang mandi dan ruang tab mandi yang berasingan. Ruang bacaannya dilengkapi peralatan pejabat untuk anda menjalankan urusan perniagaan anda. Bar berisi penuh dan ruangan hiburannya membolehkan anda menikmati suasana santai di penghujung hari. Para tamu juga diberikan akses kepada semua kemudahan Club Lounge di sepanjang penginapan anda.
8. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Harbour Grand Kowloon Hong Kong
Terdapat dua bilik penginapan perdana di hotel mewah ini: salah satunya di tingkat 15 menawarkan keluasan 308 meter persegi di dua tingkat dalam satu unit. Ia mempunyai rasa suasana yang elegan dan mewah, disamping melemparkan pemandangan panorama Pelabuhan Victoria yang menakjubkan. Unit ini dilengkapi sebuah piano besar di ruang tamu, bilik mandi marmar penuh, sauna peribadi dan sebuah meja makan malam yang besar yang santapan sehingga 12 orang tamu. Ini hanyalah beberapa ciri di antara lainnya, yang anda akan nikmati di sepanjang penginapan anda.
Bilik penginapan perdana kedua berada di tingkat 19 dan mempunyai dua tingkat dalam satu unit. Keluasannya tidak banyak perbezaannya dengan bilik penginapan perdana sebelumnya. Unit ini berkeluasan 302 meter persegi . Tingkap-tingkapnya mencecah siling dan memberikan pemandangan panorama Pelabuhan Victoria yang indah dan melimpahkan cahaya yang mencukupi ke dalam setiap ruangan. Ianya direka khas untuk para tamu Kehormat dan ketua-ketua negara. Sudah pastinya hiasan dalaman bilik penginapan kelas mewah ini telah diberikan sentuhan istimewa dan terperinci.
7. Bilik Penginapan WOW Ekstrim di Hotel W Hong Kong
Kumpulan Hotel W sememangnya terkenal dengan sentuhan mewah bergaya moden dengan fokus pada hiburan untuk para tamunya. Dan Bilik penginapan kelas mewah Hotel W Hong Kong ini tidak terkecuali. Ia berkeluasan 200 meter persegi dan mempunyai 1-Bilik Tidur dan 2 bilik mandi. Di antara kemudahan teknologi terkini di unit ini adalah TV 65-inci, stesen dok iPod, sistem tata bunyi Bang & Olufsen, akses internet berkelajuan tinggi, telefon pintar percuma, TV LCD di tab mandi, siaran TV premium. Kolam renang yang menakjubkan dengan pemandangan Pelabuhan Victoria yang mengagumkan serta W MixBar peribadi memeriahkan lagi suasana untuk bilik penginapan kelas mewah berlatar warna emas terang ini. Ia pastinya tidak akan mengecewakan para tamu yang menginap di sini. Ianya sesuai untuk para pelancong Kehormat kelas mewah yang berjiwa muda dan aktif.
6. Bilik Penginapan Mandarin di Hotel Mandarin Oriental Hong Kong
Anda harus mendefinisikan semula definisi istilah penginapan mewah bilamana anda menempah penginapan anda di Bilik Penginapan Mandarin di Hong Kong. Bilik penginapan kelas mewah 2-Bilik Tidur ini berkeluasan 357 meter persegi. Hiasan dalamannya bermotifkan tradisional dan diinspirasi senireka Kanton. Ruang tamunya bersaiz besar yang menyediakan ruang yang luas para tamu dan tetamu mereka. Ruang makannya berupaya menempatkan sehingga 12 orang dewasa, mempunyai dapur berkelengkapan lengkap dan perkhidmatan pelayan 24 jam khusus disediakan oleh Mandarin Oriental. Bilik penginapan mewah ini juga dilengkapi sebuah ruang studio, dua bilik mandi marmar penuh dan sebuah bilik air untuk tetamu. Bilik mandi utamanya mempunyai tab mandi yang besar, dikonfigurasikan agar para tamu yang sedang menggunakannya akan terpesona dengan pemandangan panorama sekitar bandar dam Pelabuhan Victoria. Tab mandi ini juga terhubung dengan ruang SPA peribadi. Bilik penginapan kelas mewah ini mempunyai balkoni yang mengelilingi hampir keseluruhan unit, yang membolehkan anda menikmati pemandangan lanskap bandar Hong Kong dari pelbagai sudut. Untuk memvariasikan pengalaman penginapan anda di sini, hotel ini juga mempunyai dua restoran mewah yang tertunggu-tunggu kunjungan anda. Salah satu daripadanya adalah restoran Kanton diiktiraf Michelin Bintang-1 – Man Wah. Restoran ini, terletak di tingkat 25, menawarkan hidangan masakan tempatan dengan hiasan sisi menarik. Sebuah lagi restoran pula adalah sebuah Restoran Perancis diiktiraf Michelin bintang 2 – Pierre oleh Pierre Gagnaire. Restoran bersuasana eksklusif ini menawarkan hidangan masakan moden Perancis.
5. Biik Penginapan Perdana di Hotel Four Seasons Hong Kong
Bilik penginapan kelas mewah 1-Bilik Tidur berkeluasan 319 meter persegi ini bertona warna-warna lembut dan semulajadi, dindingnya berpanel sutera dan dihiasi ukiran-ukiran seni kayu. Unit penginapan ini mempunyai Ruang Legar Utama (Grand Foyer) yang luas dan berhiasan dalaman menarik. Unit penginapan ini membolehkan anda melayani para tetamu anda di ruang tamu yang luas dan selesa. Kemudian, anda boleh menjamu selera dengan para tetamu anda di ruang makan, yang berupaya menempatkan sehingga 10 orang tetamu dewasa. Di penghujung hari, anda boleh berehat di ruang rehat dan SPA atau di bilik mandi marmar penuh yang dilengkapi tab mandi berpemandangan panorama bandar Hong Kong dan Pelabuhan Victoria. Anda boleh memilih untuk menonton filem menggunakan TV LED 65-inci bersistem tata bunyi di situ atau anda boleh memilih untuk menonton filem menggunakan di TV LED 46-inci di bilik tidur utama yang luas. Jangan ketinggalan untuk menempah meja makan untuk dua orang di restoran-restoran eksklusif di hotel ini: Restoran Perancis diiktiraf Michelin bintang 2 – Caprice, di bawah penyeliaan Chef Guillaume Galliot dan restoran Cina pertama dunia diiktiraf Michelin bintang 3 untuk lebih daripada 10 tahun – Lung King Heen, di bawah penyeliaan Chef Chan Yan Tak.
4. Bilik Penginapan Hiburan di Hotel Landmark Mandarin Oriental Hong Kong
Meskipun anda mungkin tidak seberapa teruja dengan keluasan lantai bilik penginapan kelas mewah ini yang hanya berkeluasan 166 meter persegi, namun anda akan pasti tertarik dengan susunatur pelbagai kelengkapan dan kemudahan sistem hiburan audio visual terkini di dindingnya, yang merangkumi Skop Realiti Maya (VR), konsol permainan digital, stesen DJ dan Skrin Wayang 13 kaki x 11.5 kaki. Unit penginapan ini mempunyai bilik mandi marmar penuh, berekabentuk hiasan dalaman mewah dan sebuah dapur Gaggenau. Anda berkesempatan untuk menikmati hidangan-hidangan yang disediakan oleh chef-chef diiktiraf Michelin, di bilik penginapan anda bersama lapan orang tetamu dewasa di ruang makan. Jika anda ingin menikmati jamuan makan malam yang luar biasa, anda boleh menempah meja makan di Amber, sebuah restoran Perancis kontemporari diiktiraf Michelin bintang 2, di bawah penyeliaan Chef Richard Ekkebus. Restoran ini juga tersenarai di dalam senarai 50 restoran terbaik dunia dengan kedudukan #24 oleh San Pellegrino dan Acqua Panna dalam edisi 2017.
3. Bilik Penginapan Peninsula di Hotel The Peninsula Hong Kong
Kumpulan Hotel Peninsula arif di dalam penginapan mewah dan eksklusif. Bilik penginapan kelas mewah berkeluasan 377 meter persegi ini melebihi jangkaan para tamunya. Terletak di tingkat paling atas di Menara Peninsula, unit penginapan ini mempunyai pemandangan Hong Kong dan Pelabuhan Victoria yang mempersonakan menerusi tingkap-tingkap mencecah silingnya di ruang tamu yang tinggi dan di bahagian teres berlandskapnya. Antara lainnya, bilik penginapan kelas mewah yang luas ini dilengkapi sebuah piano besar, gimnasium peribadi dan pawagam peribadi. Selain daripada itu, Peninsula Hong Kong menyediakan perkhidmatan pelayan peribadi 24 jam serta kemudahan pengangkutan kenderaan Rolls-Royce bersama pemandu peribadi yang sedia dipanggil pada bila-bila masa 24 jam. Unit penginapan ini juga dilengkapi sistem hiburan dengan teknologi terkini, yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.
2. Bilik Penginapan Ritz-Carlton di Hotel The Ritz-Carlton Pelabuhan Victoria Hong Kong
Terletak di tingkat 117 dan berkeluasan 366 meter persegi, bilik penginapan mewah Ritz-Carlton Pelabuhan Victoria Hong Kong ini adalah salah satu penginapan hotel mewah tertinggi di dunia dan menawarkan pemandangan panorama 270-darjah Pelabuhan Victoria dan Pulau Hong Kong yang tiada tolok bandingnya. Nikmatilah kemudahan bilik mandinya yang bermarmar penuh yang dilengkapi tab mandi istimewa bersaiz besar dan tingkap-tingkap besar untuk menikmati keindahan pemandangan luar. Perkhidmatan pelayan peribadi dan kemudahan pengangkutan kenderaan Rolls-Royce bersama pemandu peribadi juga disediakan bilamana anda menginap di bilik penginapan mewah yang elegan dan menawan ini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati makan malam di Tosca, restoran Itali diiktiraf Michelin bintang 1 atau di Tin Lung Heen, restoran Kanton diiktiraf Michelin bintang 2 di dalam bangunan hotel ini.
1. Bilik Penginapan Perdana di Hotel InterContinental Hong Kong
InterContinental Hong Kong telah menjangkaui tahap eksklusif di dalam rekabentuk Bilik Penginapan Perdana yang luar biasa ini. Ianya bukan hanya penginapan kelas mewah yang paling besar keluasannya di Hong Kong, tetapi ia boleh dikatakan adalah salah satu daripada penginapan kelas mewah yang paling menakjubkan di Asia. Bilik penginapan kelas mewah ini 5 bilik tidur dan ia boleh menempatkan sehingga 10 tamu dewasa. Bilik mandinya bermarmar penuh, yang mana bilik mandi utamanya dilengkapi jakuzi bersaiz besar dan mempunyai pemandangan panorama bandar Hong Kong dan Pelabuhan Victoria yang menakjubkan. Ia mempunyai ruang makan, ruang gimnasium dan ruang bacaan. Daya tarikan bilik penginapan kelas mewah ini terletak pada teres puncak bumbungnya yang berkeluasan 230 meter persegi, yang dilengkapi kolam renang infiniti, sebuah jakuzi dan mempunyai ruang rehat. Seorang pelayan peribadi akan diperuntukkan untuk melayani permintaan dan kehendak anda 24/7.
Pengalaman menginap di unit penginapan kelas mewah ini bukan hanya sekadar di bilik. Terdapat kemudahan-kemudahan lain untuk anda nikmati, antara lainnya, I-Spa atau kelas Tai Chi peribadi ketika penginapan anda di sini. Nikmati pelbagai hidangan masakan di Nobu, sebuah restoran Jepun terkemuka dunia yang terkenal dengan masakan gabungan oleh chef selebriti Chef Nobu Matsuhisa, atau di Yan Toh Heen, sebuah restoran Kanton diiktiraf Michelin bintang 2, atau di Rech, restoran Perancis kontemporari diiktiraf Michelin bintang 1, di bawah penyeliaan Ketua Chef Alain Ducasse.
Hotel-hotel dan bilik-bilik penginapan paling mewah ini harus berada di dalam senarai penginapan dan satu kemestian untuk setiap Pelancong Kelas Atas (TopLuxury) di bandar Hong Kong.