Guangzhou adalah bandar ketiga paling padat dan terletak di tengah-tengah wilayah metropolitan yang paling ramai penduduknya di negara China. Kedudukannya di selatan negara China, kira-kira 100 batu dari bandar Hong Kong dan Makau. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bandar ini telah mengalami peningkatan jumlah penduduk warga asing yang bermastautin tetap secara mendadak, kebanyakannya berasal dari Eropah, Asia Tenggara dan Asia Barat. Guangzhou, yang dahulunya merupakan satu-satunya bandar pelabuhan yang terbuka kepada dagangan dengan dunia luar, kini adalah pintu masuk utama perdagangan antarabangsa di negara China.
Guangzhou adalah rumah kepada pameran dan persidangan perdagangan tertua dan terbesar di China dan mempunyai salah satu pasaran hartanah paling mahal di seluruh Tanah Besar China. Forbes meletakkannya sebagai bandar komersil paling maju di Tanah Besar China untuk tiga tahun berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2015. Dengan adanya premis-premis perniagaan yang ada di sini, sudah pastinya prospek untuk pasaran perkhidmatan dan barangan mewah di bandar ini amat memberangsangkan.
Samada anda sedang membuat perancangan untuk melancong, lawatan perniagaan, perayaan atau hanya menetap sementara di sini, berikut adalah 10 pilihan bilik penginapan perdana yang paling mewah dan eksklusif di Guangzhou, China untuk pertimbangan anda.
10. Bilik Penginapan Perdana di DoubleTree Oleh Hotel Hilton Guangzhou
Bilik perdana 1-bilik tidur berkeluasan 380 meter persegi ini menawarkan ruang makan peribadi beserta ruang dapur dan bar. Disamping itu, ia mempunyai ruang bacaan di dalam bilik berasingan, dilengkapi meja kerja yang selesa. Kemudahan Wi-Fi juga disediakan. Waktu santai anda tidak pernah lebih menerujakan. Bilik penginapan mewah ini mempunyai bilik hiburan, dilengkapi TV skrin LCD berukuran besar dan sistem tata suara, ruang rehat, gimnasium dan sauna peribadi, tab mandi berarus saiz besar di hadapan skrin LCD untuk menonton filem sambil berendam. Para tamu di bilik penginapan mewah yang menakjubkan ini dapat menikmati layanan eksklusif agar penginapan anda lebih selesa.
9. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Langham Place Guangzhou
Bilik penginapan mewah berkeluasan 260 meter persegi ini terletak di tingkat 22, Hotel Langham Place, yang memberikan santapan pemandangan bandar yang menarik, Sungai Pearl dan Kompleks Pameran Kanton melalui tingkap-tingkap besar yang mencecah siling di setiap ruangan. Ia adalah bilik kelas mewah yang mempunyai 1-Bilik Tidur dan bergaya moden serta dihiasi dengan hiasan dalaman yang direkabentuk khusus untuknya. Bilik mandi marmar penuh dilengkapi tab mandi besar dan ruang mandi yang berasingan. Ruang tamunya berhiasan sofistikated dilengkapi sebuah dapur dan bar peribadi serba lengkap, sangat ideal untuk menjamu tetamu yang berkunjung. TV LCD besar dan Sistem Tata Bunyi Bose menjadi pelengkap kepada ruang rehat.
8. Bilik Penginapan Perdana di Hootel Conrad Guangzhou
Bilik penginapan mewah 1-Bilik Tidur berkeluasan 246 meter persegi ini mempunyai ruang tamu, ruang makan, ruang dapur dan bilik tidur dan bilik mandi utama. Kedudukannya di paras lantai tinggi dan tingkap-tingkap besar yang mencecah siling menyediakan santapan pemandangan panorama Sungai Pearl dan bandar di sekitarnya. Pemain DVD Blu-ray, sistem tata bunyi Bang dan Olufsen dan tiga unit TV berskrin LCD besar (yang paling besar berukuran 85 inci) menepati kehendak citarasa hiburan anda sepanjang penginapan anda. Sambil anda berendam di dalam tab mandi besar untuk meringankan ketegangan dan kepenatan di penghujung hari, anda akan merasa terbuai dengan pemandangan panorama yang mengagumkan menerusi jendela cermin di hadapan anda.
7. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Hilton Hotel Guangzhou Tianhe
Bilik kelas mewah ini menawarkan pemandangan Daerah Pusat Perniagaan Tianhe yang mengagumkan menerusi cermin tingkap mencecah siling, bilik penginapan kelas mewah berukuran 501 meter persegi ini mampu memuatkan sehingga 4 tamu dewasa di dua bilik tidurnya. Ruang tamu dan ruang makannya yang luas dan elegan serta dapur yang berkelengkapan penuh akan membuatkan anda merasa selesa sepanjang penginapan anda. Bilik-bilik mandi yang luas dilengkapi kemudahan mewah, kolam air pusar, ruang mandi khusus, di samping peralatan teknologi multimedia terkini akan memberikan penginapan yang sungguh selesa dan satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan.
6. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Grand Hyatt Guangzhou
Bilik penginapan kelas mewah berkeluasan 270 meter persegi ini mempunyai kemudahan-kemudahan Kelab Eksklusif (Grand Club) dan perkhidmatan pelayanan peribadi sewaktu penginapan anda. Ia adalah bilik penginapan kelas mewah yang mempunyai 2-Bilik Tidur dan sesuai untuk penginapan sehingga lima orang tamu. Nikmati pemandangan panorama bandar atau bersantai di ruang rehat yang luas. Ruang makan yang berasingan, dapur, bilik mandi marmar penuh dan ruang bacaan khusus dilengkapi meja kerja bersaiz besar dengan pencahayaan yang telah disuaikan, melengkapi bilik penginapan ini.
5. Bilik Penginapan Perdana / Di-Raja di Hotel Four Seasons Guangzhou
Bilik Penginapan Perdana dan Di-Raja di hotel ini terletak di tingkat 96 dan 97, Hotel Four Seasons Guangzhou. Kedua-dua bilik penginapan kelas mewah ini berkeluasan 253 meter persegi dan mempunyai pelan lantai yang sama. Perbezaannya adalah pada hiasan dalaman, perabot, butiran halus dan tona warna. Namun kedua-duanya bertemakan rekabentuk kontemporari Asia. Kedua-duanya adalah bilik penginapan kelas mewah yang mempunyai 2-Bilik Tidur, dua bilik mandi marmar penuh dan ruang menghias diri. Terdapat ruang makan untuk 6 orang dan dapur pelayan. Untuk keperluan hiburan anda, bilik penginapan kelas mewah ini dilengkapi sistem tata bunyi, TV LCD, pemain CD-DVD, TV satelit dan siaran TV langganan. Anda akan dimanjakan dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan di bilik. Namun, jika anda mempunyai sebarang keperluan lain, anda boleh mengajukan permintaan ke pihk pelayanan hotel.
4. Bilik Penginapan Perdana di Hotel Marriott Guangzhou Tianhe
Bilik penginapan kelas mewah 2-Bilik Tidur berkeluasan 230 meter persegi ini mampu menempatkan sehingga empat orang tamu. Hiasan dalamannya berekabentuk kontemporari dan mempunyai pemandangan panorama bandar di sekitarnya. Terdapat 3 bilik mandi marmar penuh, satu untuk ruang tamu dan setiap satu untuk setiap bilik tidurnya. Bilik mandi di kedua-dua bilik tidurnya dilengkapi kolam air pusar bersaiz besar yang boleh memuatkan dua orang sekaligus, dan ruangan mandi yang luas. Kelengkapan bilik lain termasuklah empat buah TV, pemain DVD, siaran TV satelit, siaran TV langganan, siaran TV premium, radio, stereo, dok iPod, antara lainnya, akan memenuhi keperluan hiburan anda. Ruang tamu dan ruang makan yang berasingan, ruang studio dan ruang persidangan merupakan di antara ciri-ciri utama bilik penginapan kelas mewah yang eksklusif ini.
3. Bilik Penginapan Mandarin di Hotel Mandarin Oriental Guangzhou
Bilik penginapan kelas mewah Mandarin ini berkeluasan 240 meter persegi dan mempunyai 2-Bilik Tidur dan 2-bilik mandi. Bilik tidur utama mempunyai tab mandi bersaiz besar, ruang mandi berasingan, bilik persalinan, meja cermin menghias diri berkembar dan ruang almari pakaian. Ruang makan boleh memuatkan sehingga 10 orang tamu, tetapi ruang tamunya yang besar boleh memuatkan lebih ramai tamu. Ianya juga dilengkapi ruang hias diri yang khusus. Ruang bacaan dan dapur kecil melengkapi bilik penginapan kelas mewah ini, yang untuknya diperuntukkan perkhidmatan pelayan 24 jam disediakan secara eksklusif oleh Mandarin Oriental.
2. Bilik Penginapan WOW di Hotel W Guangzhou
Anda sedang mencari ruang dan hiburan? Jika begitu, anda tidak perlu tercari-cari lagi! Bilik penginapan 3-Bilik Tidur berkeluasan 888 meter persegi yang menakjubkan ini pasti akan menjadi memori kenangan paling indah untuk anda. Ruang tamu berekabentuk moden, dilengkapi TV LED 55″ dan sistem tata bunyi oleh Bang dan Olufsen, dok iPod, siaran TV langganan, siaran TV satelit dan lain-lain lagi, akan membuatkan anda sentiasa merasa terhibur di sepanjang penginapan anda. Ruang makan yang berasingan, dapur berkelengkapan penuh, bilik persidangan, koleksi buku dan ruang bacaan, ruang almari pakaian melengkapi bilik penginapan kelas mewah ini, memenuhi keperluan penginapan anda. Kemudahan Club Lounge percuma ditawarkan kepada semua tamu yang menginap di bilik penginapan kelas mewah ini.
1. Bilik Penginapan Ritz-Carlton di Hotel Ritz-Carlton Guangzhou
Bilik penginapan eksklusif 1-Bilik Tidur berkeluasan 420 meter persegi ini boleh dikatakan salah sebuah bilik penginapan paling mewah di Asia. Terletak di tingkat 38, ia mempunyai tingkap-tingkap besar untuk pemandangan panorama 270-darjah ke arah Sungai Pearl dan kawasan sekitarnya yang sungguh menakjubkan. Anda akan dimanjakan dengan kemudahan-kemudahan eksklusif seperti bilik mandi marmar Itali, dilengkapi sinki berkembar, ruang tab mandi, ruang mandi, ruang sauna, ruang mandi wap, ruang tandas tertutup yang berasingan serta keperluan penjagaan diri berjenama eksklusif Asprey. Bilik penginapan kelas mewah ini juga dilengkapi ruang SPA dan gimnasium untuk melegakan tekanan dari kegiatan seharian. Terapat juga dua ruang teres, dilengkapi alat pemanggang barbeku dan jakuzi ruangan terbuka bersaiz besar untuk menikmati malam-malam terindah bersama mereka yang anda sayangi. Bilik penginapan kelas mewah telah diberikan sentuhan terperinci terhadap keperluan tamu yang menginap dalam rekahias dalaman dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Bilamana anda menginap di bilik penginapan kelas mewah ini, anda akan leka dengan pelbagai kemudahan yang ada, untuk diamati dan dinikmati. Salah satu ciri-ciri eksklusif bilik penginapan yang mengagumkan ini adalah bilik simpanan minuman wain, yang mempunyai lebih daripada 400 jenama wain terpilih. Pilihan jenama minuman wain terpilih ini mampu memenuhi citarasa para tamu yang paling cerewet. Kemudahan Club Lounge Ritz-Carlton sentiasa terbuka kepada semua tamu yang menginap di bilik penginapan kelas mewah ini. Perkhidmatan pelayan 24 jam sentiasa bersedia untuk memenuhi sebarang keperluan dan permintaan anda. Bilik Penginapan Kelas Paling Mewah (TopLuxury) untuk Para Pelancong Kelas Atas (TopLuxury Travelers).